Piagam Sekolah

 

Kami komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dan 'stakeholders' berdasarkan Piagam Pelanggan berikut:-
 
PELAJAR
1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran bermula pada hari pertama persekolahan.
2. Memastikan prasarana yang selamat, kondusif, dan sihat serta suasana pembelajaran yang selesa.
3. Memastikan setiap program dan aktiviti sekolah dirancang, dilaksanakan, diselia dan dinilai dengan baik supaya memberi impak yang maksimum kepada pelajar.
4. Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang mesra dan saksama.
 
STAF
1. Memastikan kebajikan staf dijaga dengan baik.
2. Memastikan semua teguran yang membina daripada semua staf didengar serta dipertimbangkan.
3. Memastikan semua keperluan untuk menjalankan tugas/mengajar dapat disediakan. sekurang-kurangnya dalam tempoh satu minggu selepas dibuat tempahan.
4. Memastikan semua staf mendapat sekurang-kurangnya satu latihan dalaman/kursus dalam setahun bagi meningkatkan kompetensi mereka.
 
'STAKEHOLDERS'
1. Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan terbaik serta jawapan yang segera kepada 'stakeholders' kami.
2. Bersedia menerima dan bertindak segera menangani segala permasalahan dalam suasana mesra.
3. Memastikan semua permohonan/arahan respon/diambil tindakan tidak lebih daripada tiga hari selepas menerima arahan/permohonan yang berkaitan.
4. Memastikan ada wakil sekolah ke majlis/mesyuarat yang diadakan oleh agensi 'stakeholders'.

Post a Comment

Post a Comment (0)